Menteri Pengajian Tinggi arah universti terima pelajar miskin, tangguh yuran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan semua pentadbir universiti menerima masuk pelajar-pelajar miskin dan daif yang tidak berkemampuan menyambung pengajian termasuk menangguhkan bayaran yuran pendaftaran.

Bukan cuma itu, Zambry turut mengarahkan universiti menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada golongan mahasiswa yang tidak berkemampuan berkenaan.

Jelas Zambry, beliau tidak mahu mendengar kisah mahasiswa yang berpotensi untuk berjaya tidak dapat untuk meneruskan pengajian di universiti.

“Saya daripada latar belakang itu,saya tahu tentang kesusahan itu. Saya tidak mahu ia dijadikan sebagai satu alasan untuk tidak mahu masuk ke universiti.

“Saya telah mengarahkan kepada pihak universiti supaya ambil (mahasiswa), pihak universiti akan menerima saudara saudari terlebih dahulu dan selepas itu kita akan susun dan melakukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya.

“Salah satu pendekatan yang dibuat oleh PTPTN ialah kita akan memberi wang pendahuluan bagi membolehkan pelajar mendaftarkan diri sebagai mahasiswa-mahasiswi baru di universiti-universiti yang berkenaan,” katanya dalam satu video bersama Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang dimuat naik di Facebook Dr Asyraf Wajdi, pada Khamis..

Sementara itu, Asyraf berkata, ilmu sahaja yang boleh mengubah kehidupan seseorang.

“Contoh yang paling jelas di depan mata, anak seorang nelayan di Pulau Pangkor hari ini berjaya dengan cemerlang, belajar di universiti di Amerika Syarikat (AS), kumpulan pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), akhirnya menjadi menteri (Zambry). Jadi yang paling penting, teruskan perjuangan untuk menimba ilmu,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat