Usahawan, profesional dan ahli korporat antara bakal calon PRK Pelangai

- Advertisement -

BENTONG – Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada jam 8 malam, esok.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendedahkan sudah menyenarai pendek empat daripada enam nama sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Menurut sumber, antara tiga nama calon yang disenarai pendek antaranya ialah, Ahli Jawatankuasa Umno Bentong, Datuk Jamaludin Buyong, Pemangku Ketua Umno Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh dan Ketua Penerangan Umno Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam.

Datuk Jamaludin, yang juga anak kelahiran Bentong merupakan bekas Pemangku Pengarah Urusan TRIpic Berhad.

Usahawan berusia 60 tahun itu pernah menjadi pengarah Eksekutif Puncak Niaga dan kini merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Bentong.

Selain itu, yang turut disebut-sebut ialah, Datuk Amizar Abu Adam, 50, seorang pemegang Ijazah Sarjana Strategy & Leadership Management dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Amizar yang merupakan mantan Biro Ekonomi Pemuda Umno Malaysia juga merupakan anak tempatan iaitu dibesarkan di Felda Chemomoi di kawasan DUN tersebut.

Dalam pada itu, nama Datuk Seri Mohamad Zaini juga antara yang dikatakan dalam senarai pendek calon DUN Pelangai.

Berumur 65 tahun, Mohamad Zaini aktif dalam politik dan pernah memegang beberapa jawatan seperti Exco Pergerakan Pemuda Umno, Ketua Pergerakan Umno Negeri Pahang sekitar tahun pada tahun 1998 sehingga 2021.

Beliau juga pernah menjadi AJK Badan Pehubungan Umno Negeri Pahang pada tahun 1998 sehingga 2018.

Majlis pengumuman calon akan diadakan di Dewan UMNO Bahagian Bentong pada jam 8 malam esok

turut diadakan pelancaran jentera parti untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada petang hari yang sama.

Dun Pelangai mempunyai lebih 16,400 pemilih berdaftar dan mempunyai beberapa penempatan Felda.

DUN Pelangai bersempadan dengan Negeri Sembilan dan terletak bawah Parlimen Bentong bersama DUN Ketari, DUN Bilut, dan DUN Sabai.

Rakyat Parlimen Bentong diwakili oleh ahli politik DAP, begitu juga Ketari dan Bilut, manakala Sabai diwakili oleh ahli politik MIC.

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun.

Pada 17 Ogos lalu, Johari antara 10 individu terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Johari menang kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat