Hari hitam buat Parlimen Malaysia – Radzi Jidin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menyifatkan sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini sebagai ‘hari hitam buat Parlimen Malaysia’.

Beliau berkata demikian susulan insiden diarah keluar dewan setelah bertegas mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik tuduhan yang dibuat terhadap dirinya.

“Malah, apabila diminta supaya kenyataan itu ditarik balik pun tak boleh. Kami pun tidak mendapat keadilan, bagaimana untuk rakyat,” katanya, seperti dilaporkan Harakahdaily.

Radzi berkata tidak munasabah untuk Anwar menuduhnya ketika memberi penjelasan mengenai keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam kes rasuah yang dihadapinya.

“Permintaan saya tak susah. Cuma minta Ahli Parlimen Tambun menarik balik kenyataan, itu sahaja kerana melibatkan tuduhan kepada saya.

“Ini perkara yang sangat straight forward (berterus terang). Itu sahaja. Kenapa nak pertahankan benda yang tidak betul? Kenapa nak pusing-pusing jawapan,” katanya.

Susulan insiden itu, Ahli Parlimen PN yang lain turut bertindak keluar dari dewan sebagai tanda solidariti selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Radzi keluar.

Terdahulu, portal Malaysiakini melaporkan Radzi ketawa ketika Anwar sedang memberi penjelasan isu DNAA di Dewan Rakyat.

“You boleh gelak… you boleh gelak Putrajaya, kerana you buat perkara itu.

“Semasa pentadbiran (PN) you buat perkara itu,” kata Anwar.

Kenyataan itu kemudian dibantah oleh Radzi yang bingkas berdiri dan mendesak Anwar menarik balik kata-kata berkenaan yang disifatkannya berniat jahat kerana menuduh beliau melakukan salah laku.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat