SG4 sebagai manifestasi autonomi negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Apa yang dicadangkan oleh empat buah negeri nusa (heartland) Melayu perintah Perikatan Nasional (PN) itu adalah penerusan kepada tuntutan dan amalan autonomi oleh negeri-negeri.

Tokoh wartawan negara, Datuk A Kadir Jasin memberitahu, hal ini bukanlah pelik dalam sebuah negara Persekutuan apatah lagi di Malaysia yang kuat dengan ciri-ciri kenegerian dan wujud tanda-tanda kerajaan pusat mungkin tidak berlaku adil kepada negeri-negeri pembangkang.

“SG4 atau “State Government 4” ini adalah badan penyelarasan atau koordinasi di kalangan empat buah negeri yang dimenangi dengan cemerlang oleh PN dalam pilihan raya negeri 12 Ogos lalu.

“Boleh jadi mereka berbuat demikian kerana yang memerintah kerajaan pusat adalah parti lain.

“Lagi pun, kalau kita faham politik Malaysia, kita akan dapati yang kecenderungan ke arah autonomi negeri sentiasa ada. Ini adalah kerana kita negara Persekutuan. Jadi SG4 ini adalah satu lagi manifestasi autonomi negeri,” jelas beliau dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Kata A. Kadir Jasin lagi, kita sering sebut yang Sarawak dan Sabah ada autonomi ke atas beberapa aspek imigrasi dan guna tenaga.

Ujar beliau, semua negeri ada autonomi terhad ke atas tanah dan galian.

“Negeri-negeri beraja pula mempunyai autonomi ke atas agama Islam dan adat resam Melayu.

“Sejak hegemoni Barisan Nasional (BN) merosot mulai Pilihan Raya Umum 2008, negeri-negeri bukan BN di Semenanjung Tanah Melayu pula mula menuntut dan mengamalkan autonomi. Hal ini lebih ketara di negeri-negeri maju macam Pulau Pinang dan Selangor yang tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan Pusat.

“Autonomi Sarawak dan Sabah menjadi bertambah kuat apabila berlaku peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018,” katanya.

Tambah beliau, sokongan Sarawak dan Sabah membolehkan kerajaan Persekutuan ditubuhkan dan stabil.

“Sebagai ganti, dua negeri itu mendapat kuasa tambahan. Ini mengukuhkan lagi tuntutan mereka ke atas Perjanjian Malaysia 1963.

“Kuasa penentu Sarawak dan Sabah menjadi semakin penting apabila berlaku rampasan kuasa Sheraton Move pada tahun 2020 dan Parlimen tergantung dalam Pilihan Raya Umum 2022,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat