Sanggup redah banjir buat PRU-15 demi melepaskan kluster mahkamah? – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Negara sedang berdepan dengan suasana politik yang buruk apabila para pemimpin politik obses dengan kepentingan peribadi sendiri secara terbuka atau bersedia untuk menggunakan provokasi melalui penipuan dan fitnah demi menjaga kepentingan politik masing-masing.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengkritik kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang didakwanya masing-masing telah membuat kenyataan politik terburuk tahun ini.

“Zahid mengatakan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meredah banjir sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim tengkujuh.

“Perkara ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawab Umno dan BN– mereka tidak peduli mengenai kebajikan rakyat semasa musim banjir dan tengkujuh, sebaliknya hanya mahu PRU-15 supaya “kluster mahkamah” dalam kalangan pimpinan Umno dapat melepaskan diri dari hukuman penjara akibat kesalahan rasuah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ungkapan politikus seperti itu kata Kit Siang seolah-olah menganggap kebajikan pemimpin politik lebih penting berbanding kebajikan rakyat.

Sementara itu, Veteran DAP itu juga membidas kenyataan Presiden PAS, Hadi yang mengatakan ramai pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebagai “tidak beriman dan tidak bermoral”.

“Kononnya semasa PH bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) gabungan tersebut mengambil pemberi dan penerima rasuah secara terbuka, dan kononnya golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah “punca rasuah” dalam negara mengecualikan Hadi dari kalangan pemimpin yang sesuai untuk sebuah Malaysia yang majmuk.

“Amat mengecewakan untuk melihat seorang pemimpin Islam dari sebuah negara majmuk seperti Malaysia membuat suatu kenyataan yang bersifat tidak rasional dan ekstremis sedangkan terdapat perkembangan toleransi dan kebebasan di negara-negara Timur Tengah dan negara-negara Islam yang lain.

“Tidak mengejutkanlah apabila Hadi diharamkan dari ke Arab Saudi dan beberapa negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang lain walaupun dia merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri,” dakwa Kit Siang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat