Buat Kajian Bila Waktu Terbaik PRU Patut Diadakan, Kata Shahidan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berpendapat, satu kajian wajar dilakukan bagi menentukan sama ada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu diadakan pada tahun ini atau tahun depan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan ia akan memberi impak kepada kehadiran pengundi jika PRU-15 diadakan pada musim banjir, lapor Bernama.

“Terdapat keperluan untuk satu kajian mendalam sama ada patut diadakan pilihan raya tahun ini atau tahun depan.

“Jika Parlimen dibubarkan dan banjir melanda beberapa negeri, pastinya kita memerlukan caretaker atau kerajaan sementara untuk menangani isu berkaitan banjir, justeru terdapat kebaikan dan keburukan dalam mengadakan pilihan raya tahun ini dan tahun depan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kerusi UMNO di Wilayah Persekutuan, Shahidan berkata parti itu mampu mempertahankan satu daripada tujuh kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, beliau juga menegaskan, satu pasukan khas bagi menjawab fitnah terhadap UMNO tubuhkan dan menjalankan peranan mereka.

“… satu pasukan khas, yang diberi tugas untuk menjawab dan memberi maklum balas kepada fitnah yang dilemparkan terhadap Umno, telah menjalankan peranan mereka,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,497FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat