Tadika swasta mula operasi 17 September – KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tadika swasta bagi murid 4 hingga 6 tahun di Fasa 1 dan Fasa 2 dibenarkan beroperasi mulai 17 September bagi anak-anak yang ibu bapa, penjaga bekerja.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan pada Ahad merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri pada 15 September 2021 berkaitan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda bagi murid berumur 4 hingga enam 6 tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“KPM mendapati masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda bagi murid berumur 4 hingga 6 tahun di negeri tersebut.

“KPM ingin menjelaskan bahawa semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi murid berumur 4 hingga enam 6 tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 telah dibenarkan beroperasi mulai 17 September 2021 untuk anak-anak yang ibu bapa/penjaga bekerja,” katanya.

Menurut KPM, pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” jelasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat