Menteri KDN berang ulangan fitnah disebar konon 1.2 juta rakyat China diberi kewarganegaraan secara borong

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menganggap fitnah dahsyat diulangi berkali-kali kononnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) “memberikan kewarganegaraan secara borong” kepada warga asing atau dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia adalah tidak benar.

Tegas Saifuddin, perkara ini telah dijelaskan secara rasmi dan fakta mengenainya boleh dirujuk melalui kenyataan saya sendiri serta laporan media.

“Saya telah menafikan dakwaan ini berkali-kali sebelum ini. Malah, sendiri telah memberikan penjelasan berdasarkan fakta dan data rasmi.

“Namun, masih ada pihak yang sengaja mengitar semula video, poster dan naratif yang telah diperbetulkan semata-mata untuk mengelirukan rakyat serta meniup sentimen perkauman dan kebencian.

“Penyebaran fitnah seperti ini bukan sekadar mencemarkan nama individu atau institusi. Lebih membimbangkan, ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi negara, mencetuskan kebencian antara kaum, mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan keselamatan negara,” kata Saifuddin.

Justeru Menteri KDN itu mengingatkan semua pihak agar menghentikan penyebaran fitnah dan tidak memperalatkan isu-isu sensitif demi kepentingan politik atau meraih perhatian di media sosial.

“Saya juga menyeru agar rakyat menyemak kesahihan sesuatu maklumat daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

“Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab.

“Fakta tetap fakta. Data tetap data. Jangan biarkan fitnah mengatasi kebenaran,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat