Walaupun 8 Adun Sabah terkait rasuah, namun hanya 2 didakwa, khabar angin tak cukup heret ke pengadilan – PM

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya akan meneruskan kes substantif, berfakta dan mengikut undang-undang untuk didakwa ke mahkamah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, alasan itu dimaklumkan SPRM kepadanya berhubung sebab hanya dua Adun Sabah yang didakwa di mahkamah, walaupun lapan Adun dikaitkan dengan skandal rasuah itu.

Beliau yang turut menegaskan tidak campur tangan dalam kes itu turut dimaklumkan SPRM bahawa maklumat berdasarkan rakaman video dan khabar angin tidak cukup untuk menyokong fakta dan undang-undang dalam mendakwa semua Adun Sabah yang dikaitkan itu ke muka pengadilan.

“Lapan yang dikaitkan dengan video (rasuah) tetapi SPRM bila tengok kes itu, ia mesti kes yang kuat untuk didakwa, saya tidak campur. Saya tanya kenapa dua? Sebab kes itu yang boleh berkesan, kalau tidak dibuang dari mahkamah.

“Itu alasan mereka, mengambil kes yang substantif, berfakta dan mengikut undang-undang…kalau dari video sahaja (maklumat) tidak boleh,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Kata Anwar keputusan SPRM mendakwa hanya dua daripada lapan Adun Sabah yang terbabit dalam skandal rasuah lesen melombong dibuat berdasarkan pertimbangan “kes kuat” di mahkamah.

Anwar, yang menjawab Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran), berkata ini berdasarkan justifikasi SPRM apabila dia bertanya skandal yang pertama kali didedahkan oleh ahli perniagaan yang bertukar menjadi pemberi maklumat Albert Tei – yang turut didakwa bersama dua lagi Adun Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perdana Menteri berkata walaupun terdapat lapan Adun dikaitkan dalam siri awal video yang dibocorkan, rakaman sedemikian sahaja tidak boleh menjadi asas untuk pendakwaan tanpa bukti yang menyokong.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat