KUALA LUMPUR- Kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat India di negara ini, tegas Perdana Menteri.
Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak bantuan dan inisiatif disalurkan untuk meningkatkan sosio ekonomi mereka secara menyeluruh.
Perdana Menteri memberitahu pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan termasuk inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bernilai RM500 juta bagi 2022 yang kemudian meningkat kepada RM972 juta pada 2025.
Katanya, selain itu bantuan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
“Jadi kalau mengatakan bahawa bantuan masyarakat India itu hanya khusus kepada MITRA itu tidak benar.
“RM1 bilion itu adalah keluar daripada peruntukan MITRA,” katanya Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau menjawab soalan Kesavan Subramaniam (PH-Sungai Siput) mengenai fokus kerajaan melalui MITRA atau agensi lain dalam usaha untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat India secara menyeluruh.
Anwar berkata Skim Jaminan Kredit Perumahan juga terbuka untuk masyarakat India dengan nilai keseluruhan RM1.2 bilion.



