Anwar jumpa Zahid, Hajiji mahu teruskan hubungan Persekutuan dan Sabah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan penuh makna antara Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di pejabatnya, semalam.

Pertemuan itu kata Anwar berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebersamaan.

“Pertemuan ini mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.

“Saya percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat