Siapa 115 MP sokong Muhyiddin jadi PMX, jangan syok sendiri – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dicabar untuk mendedahkan nama 115 ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri ke-10 (PMX) lepas Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menuntut Muhyiddin mengemukakan ‘fakta’ kononnya beliau mempunyai majoriti pada ketika itu.

“Muhyiddin menegaskan kenyataan yang dibuatnya di Nenggiri bukan menghina Institusi Raja Melayu.

“Dia hanya menyatakan sesuatu yang bersifat fakta.

“Kalau fakta, saya cabar Muhyiddin dedahkan nama 115 ahli Parlimen yang dia dakwa menyokongnya sebagai PMX.

“Jangan syok sendiri,” bidas Puad.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini dilaporkan dalam video TikTok tular yang menunjukkan Ahli Parlimen Pagoh itu seolah-olah mempersoalkan keputusan Agong sebelum ini untuk melantik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas PRU ke-15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat