Muhyiddin yakin ucapannya adalah fakta yang tak bermaksud hina institusi raja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan ucapan beliau di pentas kempen Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.

“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.

“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara,” tegas Presiden Bersatu itu dalam kenyataan pada Isnin.

Justeru, beliau akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kenyataan itu.

Terdahulu media melaporkan, Muhyiddin secara sengaja dan sinis memperlekeh dan mempertikaikan tugas serta peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Susulan itu, Tengku Hassanal mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Pengerusi PN itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum)

Baginda menyifatkan kenyataan Muhyiddin sebagai memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil ketika memilih Perdana Menteri ke-10.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat