Muhyiddin wajib buat mohon maaf terbuka, sesuaikah jadi PM semula? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin wajib membuat permohonan maaf secara terbuka terlebih dahulu kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan kritikannya sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menyifatkan tindakan Muhyiddin apabila mengheret nama Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Nenggiri keterlaluan.

“Kini ada 28 aduan polis dibuat terhadapnya.

“Muhyiddin wajib mohon maaf secara terbuka terlebih dahulu. Sepatutnya dia disiasat segera.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap Muhyiddin,” gesa Speaker DUN Johor itu.

Menurut Puad lagi, jika diteliti rakaman yang viral ia mengandungi tuduhan yang serius seolah olah Yang di-Pertuan Agong ke- 16 tidak adil.

“Ucapan, “Tetapi entah macam mana YDP Agong waktu itu tidak ajak jemput saya ke Istana untuk angkat sumpah” amat jelas berbaur hasutan.

“Apatah lagi ia dibuat secara terbuka dan dalam kempen politik. Lima hari sudah berlalu. Muhyiddin membisu dan tidak mohon ampun.

“Sesuaikah dia jadi PM semula? soal Puad.

Semalam, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin.

Ia berikutan ucapannya yang secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titahnya, kenyataan Muhyiddin telah memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat