HONOR Magic V3: Telefon Pintar Boleh Lipat Paling Nipis dan Ringan Akan Dilancarkan di IFA 2024

- Advertisement -
KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2024 – HONOR sekali lagi bakal mencuri perhatian dunia teknologi dengan pengenalan telefon pintar boleh lipat terbaharunya, HONOR Magic V3, yang akan dilancarkan pada pentas IFA 2024 di Berlin, Jerman pada 5 September 2024.
HONOR Magic V3 memecah rekod sendiri
Sebagai model yang menyusuli HONOR Magic V2, HONOR Magic V3 kini lebih nipis, mencatatkan rekod baharu dengan kec  aanggihan penanda aras industri yang baharu. Peranti boleh lipat yang canggih ini didatangkan dengan ukuran lipat menakjubkan setebal 9.2mm dan hanya 4.35mm apabila lipatan dibuka. 
Sebagai pelengkap kepada rekaan yang canggih ini, HONOR Magic V3 juga ultra ringan dengan hanya seberat 226g, mengatasi beberapa telefon flagship bar dalam pasaran. Kombinasi rekaan ultra nipis dan ringan memberikan pegangan yang lebih selesa, sekaligus meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan pengguna.
Pelancaran Global di IFA 2024
HONOR Magic V3 akan dilancark aan secara global di IFA 2024, dengan acara pelancaran dijadualkan pada 5 September 2024, jam 8 malam waktu tempatan. Pengguna di Malaysia boleh mengikuti penstriman langsung pelancaran ini melalui laman rasmi Facebook HONOR Malaysia.Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di https://www.honor.com/my/
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat