Kenyataan Muhyiddin itu konsensus, wakili PN? – Pemuda Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno mempersoalkan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada PAS, Bersatu dan Gerakan adakah kenyataan Tan Sri Muhyiddin adalah konsensus dan mewakili mereka kesemua?

Justeru, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh berkata, pada hemat Pemuda Umno, adalah wajar untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional menyatakan permohonan maaf rasmi dan secara terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong.

“Pemuda Umno melahirkan rasa dukacita di atas kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan peranan dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam melantik Perdana Menteri Malaysia ke 10 selepas Pilihan Raya Umum 15 sewaktu berkempen di PRK Nenggiri baru-baru ini.

“Kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin, jelas mencetuskan persepsi negatif dan kesangsian terhadap kebolehan dan keupyaan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara yang mana kuasanya telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut Perkara 40(2) dan Perkara 43(2).

“Pemuda Umno, menjunjung kasih ke di atas titah tegas Tengku Mahkota Pahang, agar pihak PDRM dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap keterlanjuran yang telah dilakukan,” kata Akmal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat