Nahas Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserahkan kepada waris

- Advertisement -

KLANG – Jenazah salah seorang daripada 10 mangsa terlibat dalam nahas pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam dijangka akan diserahkan kepada waris pada Sabtu.

Jenazah dikenal pasti sebagai penunggang p-hailing iaitu Muhammad Hafiz Mohd Saleh,32.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa individu dipercayai waris mangsa terlibat dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Pada Khamis, sebuah pesawat dari Langkawi menuju ke Subang dilaporkan terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam.

Polis terdahulu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat jenis jet peribadi yang terhempas kira-kira jam 2.40 petang.

– Sinar Harian

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat