Tiada layanan VVIP, PM Solat Jumaat di saf belakang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keperibadian dan sikap rendah hati Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipuji.

Seorang lelaki, yang hanya dikenali sebagai Izuan mencoret momen dia bertemu dengan Perdana Menteri ketika Solat Jumaat hari ini.

Kata Izuan hari ini dia dapat bertentang mata dan bertegur sapa dengan Perdana Menteri di Surau Perumahan Kerajaan Presint 8, Putrajaya.

“Sebenarnya lama dah tak solat di surau dekat rumah, biasa solat Jumaat dekat masjid tak jauh dari tempat kerja di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, hari ini cuti dapatlah Solat Jumaat di Surau Perumahan Kerajaan Presint 8 Putrajaya. Macam biasalah kita tak la datang awal sangat, jadi dapat pun duduk saf agak belakang,” cerita Izuan yang dikongsi di Facebook.

Memperincikan momen dan suasana di surau itu, menurut Izuan selepas sahaja usai laungan azan kedua dia nampak orang ramai di pintu masuk surau.

“Mula-mula tak ada la rasa pelik sangat, Putrajaya kan? Sekali bila tengok betul-betul, rupanya Perdana Menteri dan konvoinya.

“Ingatkan beliau akan duduk saf depan, rupanya duduk betul- betul selang sebaris dari saf saya.

“Memang teruja beb.. Yela, kita bayangkan kalau Perdana Menteri je mesti akan dapat tempat VVIP kan? Tapi Datuk Seri Ismail Sabri solat dekat saf yang sebaris dengan penduduk di sini,” ujar Izuan teruja.

Malah dia tidak melepaskan peluang bertegur sapa dengan Perdana Menteri.

“Habis saja solat sempatla tegur dan sembang-sembang sikit dengan PM.

“Rupanya beliau masih ingat masa pertama kali jumpa dalam program di UiTM lama dah, masa beliau Menteri Pertanian.

“Sempat juga PM bagi kata-kata nasihat kepada orang muda macam saya supaya manfaatkan apa sahaja peluang dan bantuan kerajaan.

“Satu momen yang saya takkan lupa sampai bila -bila.

“Terima Kasih PM sudi luang masa. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan dirahmati Allah sentiasa,” ucap Izuan menghargai nasihat Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat