Penjawat Awam Mesti Neutral

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Penjawat awam seharusnya berpegang kepada prinsip neutral dalam memastikan penyampaian khidmat kerajaan tidak terjejas walaupun berlaku sebarang perubahan pucuk pimpinan.

Angkata Muda Harapan menegaskan, memaksa kakitangan kerajaan untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlulah ditolak dengan sekeras-kerasnya.

“Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya kepada penjawat awam pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri meminta penjawat awam mempertahankan Kerajaan Keluarga Malaysia daripada pelbagai dakwaan merupakan sikap yang tidak wajar sebagai seorang ketua kerajaan.

“Gesaan Ismail Sabri itu dikhuatiri hanya akan mengulangi sikap kerajaan BN sejak berdekad dekad lalu yang akhirnya menggunakan kakitangan awam yang rapat dengan rakyat seperti FELDA, RISDA, KEMAS dan sebagainya menjadi alat propaganda meningkatkan imej BN di mata umum,” kata pimpinan muda pembangkang itu pada Jumaat.

Tambahnya, selepas kerajaan BN-UMNO tumbang pada tahun 2018, Jemaah Menteri Pakatan Harapan (PH) telah memutuskan untuk melarang penjawat awam daripada terlibat dalam politik bagi menjamin mereka kekal neutral dalam sebarang urus pentadbiran.

Bahkan katanya, menurut Peraturan 21(1), Peraturan Pegawai Awam 395/1993, Pegawai Kumpulan menyatakan larangan penglibatan dalam politik ke atas pegawai kumpulan pengurusan tertinggi dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional.

“Perdana Menteri seharusnya mengetahui peraturan berkenaan dan menghormatinya di atas amanah yang dipegangnya sebagai Ketua Kerajaan yang memimpin penjawat awam.

“Sehubungan itu, tindakan Ismail Sabri terbaharu ini boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa. Memaksa kakitangan kerajaan untuk mempertahankan kerajaan BN perlulah ditolak dengan sekeras-kerasnya.

” Penjawat awam seharusnya berpegang pada prinsip neutral dalam memastikan penyampaian khidmat kerajaan tidak terjejas walaupun berlaku sebarang perubahan pucuk pimpinan.

“Maka, PH mendesak Perdana Menteri menghentikan penggunaan kakitangan dan badan-badan kerajaan sebagai laskar siber Kerajaan BN,” tegasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri menyeru penjawat awam agar mempertahankan kerajaan daripada fitnah yang menuduh pentadbirannya gagal.

Beliau malah berkata kerajaan pimpinannya adalah kerajaan bersama yang menekankan konsep Keluarga Malaysia dan penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan dan fitnah kononnya pentadbirannya gagal.

Dalam majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya pada Selasa, Ismail Sabri berkata penjawat awam wajar mempertahankan kerajaan dengan melihat beliau sebagai ketua kerajaan dan mereka bukannya mempertahankan parti politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat