Pemandu Treler Terjunam Dari Lebuh Raya Miliki 22 Saman Trafik – Polis

- Advertisement -

IPOH – Pemandu treler yang terbabas hingga menyebabkan kenderaan dipandunya terjatuh dari laluan lebuh raya ke Jalan Kuala Kangsar di sini, mempunyai 22 rekod saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, daripada jumlah itu, empat saman membabitkan kesalahan kemalangan.

Katanya, semakan juga mendapati, treler yang terlibat dalam nahas itu mempunyai 41 rekod saman trafik terkumpul.

“Ujian saringan air kencing dilakukan ke atas lelaki berusia 50 tahun itu dan mendapati bebas daripada pengaruh dadah.

“Malah, hasil pemeriksaan juga mendapati, lelaki terbabit tidak memandu di bawah pengaruh alkohol ketika kemalangan berlaku,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kemalangan itu menyebabkan pemandu treler cedera ringan manakala tiada kemalangan jiwa membabitkan pengguna jalan raya lain.

Katanya, siasatan lanjut kes itu dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

“Kemalangan ini mengakibatkan kesesakan lalu lintas namun tindakan pantas diambil dengan membuat lencongan dan kawalan bagi memastikan kelancaran di jalan tersebut,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah hari di Kilometer 271.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, sebuah treler tanpa muatan hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh ke Jalan Kuala Kangsar.

Siasatan awal mendapati, nahas itu berpunca daripada kegagalan brek kenderaan itu berfungsi. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat