Jerung Tak Semestinya Menteri, Orang Politik -Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Label ‘jerung’ dan ‘ikan bilis’ dalam isu penyelewengan dan rasuah menjadi topik perbualan hangat terutamanya membabitkan skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Pun begitu, adalah tidak wajar sekiranya label ‘jerung’ hanya ditujukan kepada menteri ataupun orang politik semata-mata, sebaliknya ‘jerung’ boleh jadi orang yang mempunyai pengaruh, kemampuan untuk melakukan kesalahan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, pembangkang kini sedang berseronok menghentam Barisan Nasional (BN) dengan melabelkan jerung dan ikan bilis.

“Lawan kita dalam keseronokan mereka untuk mencemuh BN 100 peratus cakap ini jerung, ini bilis. Jerung tak semestinya ahli politik baru jadi jerung kadangkala mereka yang jadi jerung ini bukan ahli politik pun tetapi mempunyai pengaruh, kemampuan untuk melakukan kesalahan jika ada kesalahan tersebut.

“Tetapi untuk kata tak ada kemungkinan langsung bahawa sebarang penyelewangan LCS ini membabitkan pihak lain yang bukannya mereka yang memegang jawatan politik ataupun menteri dan sebagainya, saya rasa itu satu andaian yang tidak adil.

“Kita boleh kritik keputusan, boleh kritik kenapa buat gitu gini tapi tak semuanya kelemahan, kesalahan buat keputusan itu mesti ada unsur rasuah daripada menteri.
Tunggu siasatan akhir baru kita buat pengadilan,” tegas Shahril dalam rakaman video di Facebooknya.

Dalam pada itu menurut Shahril, bukan beliau kata rasuah ini hanya membabitkan pihak syarikat ataupun kontraktor ataupun penjawat awam semata-mata namun,
ahli politik pun ada melakukan kesalahan-kesalahan ini.

Tetapi katanya, pihak tertentu cuba menggambarkan dalam skandal LCS penyelewengan atau pun salah tadbir urus mestilah membabitkan arahan daripada jerung daripada menteri ataupun daripada Perdana Menteri.

“Ini satu andaian yang tak semestinya tepat.

“Dalam isu LCS ini adakah wujud unsur penyelewengan atau semata-mata kelemahan tadbir urus yang membuatkan lambat dan sebagainya, kita baca laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), memang kata ada unsur penyelewengan- kita kena akui perkara itu.

“Cuma kita tunggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga dua lagi laporan lagi yang akan dinyahklasifikasi,” jelas beliau.

Juga beliau menegaskan, yang didakwa di mahkamah baru-baru ini bukanlah ‘ikan bilis’ seperti dimomokkan pembangkang sebaliknya bekas Panglima Tentera Laut (TLDM).

“… yang didakwa di mahkamah tempoh hari ialah bekas Panglima TLDM, itu bukan ikan bilis namanya pun Panglima Tentera Laut. Bukan kata dia bersalah tapi baru didakwa.

“Kita mesti pegang prinsip, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Ini bukan soal bilis atau jerung.

“Lagipun bukan RM6 bilion lesap itu, itu jumlah dibayar.Bukan semua disonglap hilang semua dicuri, kapal tetap dibina dan wujud, cuma lambat.

“Apa jumlah pun yang diseleweng, kita nak tahu kena siasatan lengkap,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat