‘Biarlah Allah saja tentukan’ – Baby Shima

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Soal halal atau haram rezeki saya, biarlah Allah saja yang tentukan,” kata Baby Shima mengulas berkaitan kerjayanya sebagai penyanyi dangdut yang sering dikaitkan dengan insiden ‘bergelek sakan’ demi menghiburkan penonton dalam setiap acara hiburan.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli berkata, dia tidak mahu mengulas lebih lanjut berkaitan perihal rezeki ini kerana berasakan ia agak sensitif dan lebih selesa tidak memanjangkannya.

“Apapun, saya berterima kasih dengan kebanyakan netizen yang prihatin dengan perihal menari gelek itu. Termasuk, kepada mereka yang tak jemu menyokong karier seni saya selama ini. Walaupun selalu dikecam, saya okey saja.

“Macam yang sering dikatakan, saya tak mampu mengawal serta menutup mulut orang untuk memberi komen dan pandangan mereka terhadap apa yang saya buat. Namun, saya hormati semua itu dan sebagai manusia biasa, saya tidak terlepas daripada kekhilafan,” katanya kepada Harian Metro.

Sejak beberapa minggu lalu, nama Baby Shima ‘meledak’ di media sosial dan sering tular dengan beberapa insiden mengaitkan dirinya hingga dia didakwa suka membuat ‘gimik’ untuk mencetuskan sensasi bagi menarik perhatian ramai.

“Saya suka buat, apa yang disukai. Tapi, tak sangka pula setiap video yang berkaitan diri saya mesti tular dan menjadi perhatian di media sosial. Macam yang sering dijelaskan, saya ini adalah penyanyi dangdut dan menari gelek itu perkara biasa.

“Tapi, apa saja alasan saya pasti ada yang menerima dan mengecamnya. Tak mengapalah, sebab saya pun dah biasa dikecam. Bagaimanapun, saya hanya mampu berterima kasih di atas segala teguran yang diberikan itu,” katanya.

Baby Shima yang cukup popular dengan lagu Roadblok Hatiku dan Lalai, sebelum ini menjadi perhatian netizen apabila bergelek ketika melintas jalan raya di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Begitu juga, dia turut bergelek sakan ketika membuat persembahan di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota, baru-baru ini.

Tidak hanya itu, Baby Shima juga terkait dengan aksi geleknya yang dianggap ‘kurang manis’ dan berunsur lucah oleh segelintir netizen menerusi ‘teaser’ lagu duet terbaharunya, Baby Sayang yang cukup menjadi tarikan ramai di media sosial.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat