APA yang dicakapkan Datuk Seri Rahman Dahalan semalam ialah tentang pemilihan Pengarah Pilihanraya negeri Sabah yang tidak melalui perbincangan dengan ketua-ketua bahagian.
Tapi sebab tak ‘kick’ kalau guna tajuk itu agaknya, maka banyaklah pihak penerbitan ini yang memilih perlantikan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Sabah, dibantah UMNO Sabah sebagai tajuk.
Sudah tentu, tajuk itu ditafsirkan kepada pelbagai andaian yang lain seperti UMNO Sabah dah bergolak dan sebagainya.
Tidak, tidak sama sekali.
Letak kes mahkamah ke tepi, semua orang tahu jasa Bung Mokhtar kepada UMNO Sabah macam mana. Kalau nak cungkil satu-satu ni nampak leceh, ambil jasanya satu – ketika ramai wakil rakyat dan pemimpin Bahagian UMNO Sabah melompat pasca PRU14, Bung, satu-satunya ahli parlimen yang kekal disitu.
Malah, yang sangkut kes itupun dikatakan sebab Bung tetap pendirian untuk tidak melompat – dikatakan.
Lagipun dengan bekas AG dulu yang mengaku sebagai lantikan politik dan sebagainya ini, kita tahulah senarionya macam mana.
Kalau nak bicara kes mahkamah sangat, jawabnya tak bergeraklah UMNO ini sebab bukan Bung saja, ramai yang lain pun ada kes juga, dengan semuanya selepas kerajaan di peringkat persekutuan -berubah tangan.
Itu tak sebut lagi bagaimana gerakan beliau selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, berjaya membuatkan kerajaan negeri bubar tak sampai setengah penggal.
Mesti ada peranan beliau disitu sedikit sebanyak.
Apapun, justifikasi pelantikan Bung oleh Datuk Seri Zahid Hamidi kerana beliau adalah Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah. Sama seperti Datuk Seri Najib Tun Razak jadi Pengarah Pilihanraya DUN Chini kerana beliau ketua bahagian Pekan.
Masa itu, ada siapa pertikai kes Mahkamah ke tidak?
Hamidi Zain
Kudat