6 Ahli Parlimen Amanah Akan Umum Keluar Parti Sertai Bersatu?

- Advertisement -

Cyberjaya – Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat.

Menurut sumber mereka memilih untuk menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengelakkan krisis politik kembali berulang.

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini mereka yang akan melompat itu bukan Mat Sabu, Mujahid, Mahfuz dan Khalid Samad.

“Selebihnya biar jadi teka-teki lagi, takut nanti ‘elemen of surprise’ tu hilang,” katanya ringkas ketika dihubungi SuaraTV.

Menurut rekod, parti serpihan PAS itu mempunyai 11 orang ahli parlimen, dan sekiranya desas-desus tersebut menjadi kenyataan maka Amanah akan mempunyai hanya 5 orang wakil di Dewan Rakyat.

Sementara itu, PAS Selangor turut memaklumkan seorang tokoh Amanah dijangka akan mengumumkan keluar parti pagi ini.

Melalui satu kenyataan sebentar tadi, pengumuman tersebut akan di buat oleh Lajnah Penerangan PAS Selangor secara langsung di laman Facebook parti itu.

Tokoh tersebut dikatakan akan kembali menyertai PAS bersama kumpulannya.

 

Berita Lanjut Menyusul.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat