Sikap Pemuda UMNO Sabah Perlu Dicontohi – Asyraf Wajidi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) memuji sikap yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Sabah yang setia ketika UMNO Sabah bergolak apabila ramai pemimpinnya keluar parti selepas PRU 14 lepas.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajidi berkata, beliau amat berbangga dengan Pemuda UMNO Sabah. Tatkala hampir keseluruhan kepimpinan UMNO Bahagian (22 daripada 25 Ketua UMNO Bahagian) lompat meninggalkan parti, merekalah yang setia lagi tegar mempertahankan wadah UMNO dan BN di Sabah dengan serba kekurangan dan keterbatasan. Bahkan 4 daripada Pimpinan Pemuda terpaksa memangku jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian.

“Hari ini, mereka sekali menunjukkan sikap yang matang untuk setia dan menyokong keputusan pucuk pimpinan tertinggi UMNO/BN melantik Dato Seri Bung Mokhtar Radin mengetuai jentera BN Sabah bagi menghadapi PRN Sabah pada 26 September depan.

“Mereka bersepakat mempertahankan wadah demi mengembalikan kepercayaan rakyat dalam PRN Sabah nanti, katanya dilaman media sosial facebook beliau.

Dalam kenyataan itu juga, Asyraff berharap BN dan UMNO Sabah akan menampilkan wajah-wajah baharu yang segar, berintegriti, bermaruah dan setia kepada perjuangan sebagai calon PRN untuk membela nasib dan kepentingan rakyat Sabah.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah IR Abdul Aziz Julkarnain berkata, pemuda UMNO Sabah akan terus bersepakat menyokong dan mempertahankan keputusan Pengerusi BN Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melantik Bung Mokhtar mengetuai jentera BN Sabah pada PRN kali ini.

Ianya susulan satu sidang media tergempar Dato Seri Abd Rahman Dahalan malam tadi, menggesa Presiden UMNO untuk mengkaji semula keputusan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah itu.

Dakwanya, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sedang dibelenggu dengan perbicaraan kes mahkamah, justeru akan menyebabkan UMNO Sabah pada kedudukan yang tidak stabil untuk memenangi hati rakyat, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat