Covid-19: PM New Zealand ‘Balun’ Presiden Trump

- Advertisement -

NEW ZEALAND: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern membidas Donald Trump yang cuba membandingkan situasi Covid-19 di negaranya dengan Amerika Syarikat.

New Zealand mengalami letusan baru wabak Covid-19 baru-baru ini setelah 102 hari tanpa kes jangkitan tempatan apabila 13 kes baru dicatatkan di Auckland.

Ketika berkempen di hadapan penyokongnya di Minnesota, Trump berkata, “tempat-tempat yang dulu mereka jadikan contoh (perbandingan kejayaan menguruskan wabak Covid-19), sekarang mengalami kenaikan mendadak”.

“Mereka menggunakan nama negara-negara itu, sekarang, opss…kamu lihat apa yang berlaku di New Zealand”, katanya.

“Mereka mengalahkannya (Covid-19); mereka mengalahkannya, itu seperti berita di muka depan kerana mereka ingin menunjukkan sesuatu kepada saya … (Sekarang) Kejutan besar di New Zealand, anda tahu itu mengerikan. Kami tidak menginginkannya (berlaku disini)”.

Perbandingan ini menurut Ardern tidak tepat kerana New Zealand mencatat 13 kes baru setakat semalam, berbanding Amerika yang mencatat 1,293 kes dengan 23 kematian pada hari yang sama.

Ardern memberitahu wartawan tidak ada perbandingan antara situasi New Zealand dengan keadaan di AS.

“Saya rasa sesiapa yang mengikuti (perkembangan) COVID dan penyebarannya di seluruh dunia, akan dengan mudah melihat bahawa sembilan kes New Zealand dalam sehari tidak dibandingkan dengan puluhan ribu Amerika Syarikat, dan sebenarnya tidak dibandingkan dengan kebanyakan negara di dunia,” katanya kata.

“Jelas sekali, itu (perbandingan) salah,” katanya mengenai komen Trump.

Secara keseluruhan, AS mempunyai lebih daripada 5.2 juta kes dan 170.000 kematian – yang tertinggi di dunia.

Berikutan perbandingan yang salah itu, Trump turut menerima kecaman di negaranya sendiri – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat