‘Agih royalti Oktober ini’

Muhyiddin alu-alukan pandangan pakar kesihatan untuk kurangkan kes COVID-19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengalu-alukan sebarang nasihat dan pandangan daripada pakar kesihatan demi untuk mengurangkan penularan kes jangkitan...

Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag – PM

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah salah satu daripada beberapa negara terawal di dunia  yang menggunakan Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) untuk melakukan saringan COVID-19, kata...

72 Jam Duduk Bersama 72 Ular Berbisa

NEW DELHI: Ahli herpetologi India, Neelam Kumar Khaire berjaya membuktikan teori bahawa ular hanya akan menyerang manusia apabila diprovokasi. Portal Oddity Central melaporkan lelaki itu...

Peniaga Ubah Strategi Promosi Jualan Makanan Pastikan Perniagaan Bertahan

MELAKA: Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka yang lazimnya meriah dengan pengunjung untuk menikmati sajian ikonik seperti 'Asam Pedas' serta pelbagai...

Kesihatan, Ekonomi Antara Enam Kluster Utama Pastikan Pengurusan Darurat Berjalan Lancar

PUTRAJAYA - Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi antara enam kluster utama yang diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat pada Sabtu. Ketua...

KUALA LUMPUR: Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) menafikan dakwaan kelewatan agihan bayaran royalti kepada komposer dan penulis lirik tahun ini berpunca daripada isu kecuaian dan pengurusan organisasi yang dikatakan tidak cekap.

Pemangku Pengurus MACP, Justin Johari, memberitahu, sama seperti syarikat lain, MACP sebagai badan yang menjalankan tugas pengumpulan royalti secara kolektif atau Collective Management Organization (CMO), tidak terkecuali menerima impak penularan wabak COVID-19.

“Seperti industri dan syarikat lain, operasi kami tergendala selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

“Disebabkan MACP tidak mempunyai mekanisme, perancangan dan sistem yang sesuai untuk menghadapi situasi seperti pandemik ini, jadi, secara tidak langsung ia memberi kesan kepada operasi kami.

“Apatah lagi, ini kali pertama kami berhadapan situasi mencabar ini. Malah, kapasiti kami untuk bekerja dari rumah tidak mencapai tahap memuaskan. Hanya pengurusan tertinggi yang mempunyai kelengkapan untuk bekerja di rumah manakala pekerja lain tiada.

“Kami pula bergantung kepada semua orang untuk menjalankan operasi. Jadi, agak sukar untuk kami beroperasi secara penuh sepanjang tempoh PKP,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, penulis lirik terkenal, Ad Samad dilaporkan mendakwa kecuaian dan pengurusan tidak cekap menjadi punca agihan royalti daripada MACP kepada komposer dan penulis lirik untuk tahun ini, tertangguh.

Ad atau nama sebenar, Ahmad Shahadrian A Samad, berkata badan pemungut royalti itu memberi alasan kelewatan agihan royalti berpunca daripada penularan wabak COVID-19. MACP sepatutnya mula mengagihkan royalti, akhir bulan lalu, namun gagal berbuat demikian. Difahamkan, MACP baru memulakan proses agihan yang mengambil masa antara dua hingga empat bulan.

Ad berkata, MACP ada mengagihkan bayaran pendahuluan RM500 kepada ahli sebagai bantuan atas pandemik COVID-19. Namun, jumlah itu tidak mencukupi bagai menampung perbelanjaan ahli yang menerima bayaran royalti atas hasil kerja seni setiap tahun.

Dilaporkan, kutipan royalti sudah dibuat dan jumlahnya dikatakan mencapai RM52 juta.

Justin berkata, pihaknya beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebaik kerajaan memberi kelonggaran untuk beberapa kumpulan industri menyambung aktiviti harian.

“Dalam tempoh itu, kami cuba mendapatkan kebenaran untuk pulang ke pejabat. Namun, operasi sepenuhnya masih tidak boleh dilaksanakan.

“Jadi, kira-kira dua bulan iaitu dari 18 Mac sehingga 18 Mei lalu, operasi kami tergendala. Saya mengaku tempoh itu dianggap masa genting untuk kami menjalankan kerja pengiraan royalti tetapi situasi seperti itu tidak dapat dielak,” katanya.

Sehubungan itu, Justin memohon masa sehingga bulan depan untuk menyiapkan pengiraan dan laporan sebelum agihan royalti bagi 2019 dapat dilaksanakan.

“Kami memerlukan kira-kira empat hingga lima bulan, iaitu sehingga bulan depan untuk menyiapkan pengiraan dan laporan lengkap sebelum agihan dapat dilakukan kepada ahli secara tepat.

“Kami sudah memaklumkan ahli melalui e-mel dan Facebook bahawa agihan akan dibuat awal Oktober ini. Proses sudah berjalan, cuma agihan belum dapat dilaksanakan.

“Insya-Allah kami akan laksanakan (agihan royalti) menjelang awal Oktober,” katanya.

Selain itu, tambah Justin, proses ‘perpisahan’ dari Music Rights Malaysia (MRM) Berhad yang dibubarkan, turut memberi kesan kepada operasi MACP.

“Biarpun kutipan untuk 2019 sudah masuk, namun, disebabkan laporan tidak lengkap, kami tidak boleh menjalankan kerja agihan. Kutipan sudah diperoleh dari MRM tapi kami memerlukan laporan penggunaan yang lengkap sebelum dapat diagihkan.

“Selagi tidak lengkap, kami tidak boleh berbuat apa-apa. Sekiranya kami dapat wang tetapi laporan tidak lengkap, tiada gunanya.

“Sebelum ini, semua proses ini dilakukan MACP sendiri. Tetapi, sejak tiga tahun lalu, apabila kami diletakkan di bawah MRM, kami bergantung kepada laporan dari MRM untuk membuat agihan.

“Bukan itu sahaja, kami perlu sesuaikan cara kami dengan proses kerja MRM. Jadi, itu menjadi antara faktor operasi kami agak terganggu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Justin berkata, MACP sedar mereka perlu memperbaiki sistem operasi dan sentiasa terbuka dalam menerima pendapat dan pandangan ahli.

“Kami tidak boleh katakan sistem yang kami ada sempurna. Masih banyak yang boleh kami perbaiki. Saya mengaku sistem agihan kami banyak yang perlu dibaiki dan ahli-ahli berhak bersuara.

“Sebagai contoh, ada ahli yang tidak berpuas hati dengan penyata mereka. Kami terbuka untuk pihaknya bersuara dan membuat pengesahan pada kami.

“Kadang-kadang kami terlepas pandang. Jadi, boleh suarakan kepada kami jika hal itu terjadi. Oleh sebab itu, apabila ada pihak yang cakap kami tidak telus dan sebagainya, kami tidak bersetuju,” katanya.

Malah, tambah Justin, untuk mendakwa MACP tidak prihatin adalah tidak adil. Justin berkata, pihaknya sudah berusaha untuk memberi yang terbaik kepada setiap ahli.

Tambah Justin, MACP ada menghulurkan sumbangan RM500 untuk setiap ahli bagi meringankan beban yang dilalui sepanjang tempoh mencabar ini.

“Pelbagai yang kami usaha untuk disalurkan kepada ahli, tetapi hanya RM500 yang mampu kami beri. Kalau boleh, memang kami mahu beri lebih.

“Namun, mengikut keadaan kewangan, kami terpaksa akur dengan jumlah itu. Jadi, kalau mahu cakap kami tidak berusaha, itu salah,” katanya.

Sumbangan RM500 untuk diagihkan pada 22 Mei lalu, iaitu dua hari sebelum Aidilfitri.

Berita harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Hujan lebat ubah struktur tanah akibatkan paip patah -Ranhill SAJ

JOHOR BAHRU- Kejadian hujan lebat secara berterusan sejak seminggu lalu telah menyebabkan perubahan struktur tanah di kawasan tangki Bukit Kempas 2 dan menyumbang kepada...

Berita Berkaitan

Berhemah ketika pkp

BERDEPAN kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di enam negeri, Rabu lalu dilanjutkan, artis dan selebriti membuat persediaan agar impak penularan Covid-19 tidak...

Judi Dench terima suntikan vaksin Covid-19

London: Pelakon veteran Britain, Judi Dench, 86, sudah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 baru-baru ini dan berkongsi pengalaman menjadi salah seorang individu terawal menerima...

HUAWEI Mate 40 Pro, Peranti Serba Lengkap Tanpa Servis Daripada Google

etahun berlalu dan pada Oktober lalu HUAWEI telah melancarkan model terbaru pada siri Mate iaitu HUAWEI Mate 40 Pro. Siri Mate ini sebelum ini...