Anda pengecut, KJ sindir Ahli Parlimen blok Kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin menganggap ahli parlimen blok kerajaan yang mengundi untuk menggantung Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dari tugas parlimen selama enam bulan adalah pengecut.

“Pengecut. Anda ejek dia ‘jargon’, tidak tahu apa-apa. Akhirnya anda yang menyalahgunakan kuasa legislatif anda untuk menghalaunya selama enam bulan,” tulis bekas Menteri Kesihatan iu melalui hantaran pada akaun Instagram miliknya.

Menurut Khairy tindakan blok kerajaan ke atas Ahmad Fayhsal adalah ketakutan mereka terhadap aktiviti Ahmad Fayhsal menentang penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kepada syarikat berkaitan Blackrock.

“Jelas sekali, dia (Wan Ahmad Fayhsal) menggerunkan anda. Macai BlackRock. Semoga duit Zionis berbaloi,” kata bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu.

Semalam Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang tersebut kerana membaca surat layang mengenai dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menganggap usul tersebut tidak adil memandangkan Wan Ahmad Fayhsal tidak membuat tuduhan malah dari awal telah memberitahu bahawa ia surat layang dan memohon siasatan ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021.

Usul tersebut bukan sahaja mendapat kritikan ahli Parlimen blok pembangkang, tetapi juga Ahli Parlimen Pasir Gudang (PH), Hassan Bin Abdul Karim yang menyelar Speaker Dewan Rakyat kerana tidak memberi peluang kepada Wan Ahmad Fayshal untuk mempertahankan diri.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat