Suami rompak isteri untuk tuntutan insurans

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang suami sanggup merancang rompakan ke atas rumahnya sendiri hanya untuk membuat tuntutan insurans dalam kejadian di Bentong, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, perbuatan suspek berusia 47 tahun itu terdedah selepas pihaknya berjaya menahan dua suspek yang terbabit dalam kejadian jenayah pada jam 3.05 petang, 17 Julai lalu di Taman Hijau, Karak, dekat Bentong.

“Pihak kami menerima laporan mengenai rompakan itu yang dibuat seorang surirumah berusia 42 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong pada hari Isnin,jam 3.20 petang.

“Dalam laporan dibuat mangsa, dia mendakwa tiga suspek lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang menggeledah rumahnya sebelum melarikan sejumlah barangan kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM16,000.

“Suspek kemudiannya dikatakan beredar dari rumah mangsa menggunakan kereta jenis Perodua Alza berwarna putih selepas melakukan jenayah itu.

“Berdasarkan laporan itu, pihak kami dengan kerjasama sepasukan pegawai dan anggota dari bahagian siasatan jenayah IPD Nilai berjaya mengesan dan menahan dua suspek, seorang warga tempatan dan seeorang warga asing di Nilai, Negeri Sembilan jam 9.30 malam, hari sama,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Zaiham berkata, kedua suspek berusia 24 dan 32 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes rompakan.

Katanya, hasil soal siasat dijalankan terhadap suspek membongkar dalang utama kejadian itu adalah suami kepada mangsa.

Suami mangsa yang menjalankan kerja amal di kuil sekitar Bentong itu turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Semua suspek kini ditahan reman sehingga 24 Julai bagi membantu siasatan,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat