IPT Diseru Pelopori Idea, Inisiatif Baharu Penjanaan Tenaga

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua kampus pengajian di negara ini diseru untuk turut sama mempelopori idea dan inisiatif baharu penjanaan tenaga, demi membentuk masyarakat peka tenaga dalam usaha menjaga kelestarian industri tenaga dan alam sekitar di negara ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata inisiatif berkenaan yang telah dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berjaya mengurangkan kos utiliti tahunan daripada RM18 juta pada 2014 kepada RM12 juta pada 2022.

“Kami dimaklumkan, USM telah membangunkan Projek Inisiatif Penjimatan Tenaga sejak 2013 lagi dan ia merupakan salah satu usaha menjayakan konsep ‘kampus lestari’ melalui pembangunan infrastruktur penjanaan tenaga boleh baharu dalam kampus.

“Projek yang dilaksanakan melalui pemasangan sistem solar fotovoltaik di kampus tersebut itu kini dianggarkan mewakili lebih 30 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaan tenaga di kampus USM, Pulau Pinang iaitu bersamaan dengan kira-kira 10 MWp,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Nazmi berkata selain menjimatkan, usaha menambah baik ekosistem penjanaan tenaga di kampus itu juga turut membantu dalam mengurangkan kadar pencemaran karbon dioksida (CO2) terhadap alam sekitar.

Beliau bersama delegasi kementerian serta Suruhanjaya Tenaga sebelum itu membuat lawatan kerja ke kampus induk USM, Pulau Pinang bagi meninjau perkembangan projek inisiatif-inisiatif penjimatan tenaga di kampus tersebut.

“NRECC menyambut baik cerita-cerita kejayaan (success stories) berkenaan dasar-dasar cekap dan peralihan tenaga, terutamanya di institusi-institusi pengajian tinggi yang merupakan pusat perkongsian ilmu di tahap tertinggi dalam kalangan masyarakat setempat.

“Selaku ketua delegasi NRECC, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga USM, khususnya pihak pengurusan tertinggi Universiti atas kesedaran dan iltizam USM dalam merealisasikan agenda kelestarian di kampusnya,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat