Kilang, syarikat tak takut kompaun RM1,000 – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Apabila tamat Ordinan Darurat pada 1 Ogos nanti kadar kompaun maksimum yang dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan kembali kepada RM1,000, umum Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau berbeza dengan sepanjang pelaksanaan Ordinan Darurat, nilai maksimum kompaun yang akan dikenakan ke atas pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ialah sebanyak RM50,000.

Tindakan kerajaan meningkatkan kadar kompaun sehingga RM50,000 sepanjang Ordinan Darurat itu, kata beliau, untuk memastikan semua pihak mengikut SOP yang ditetapkan.

“Bila kita isytiharkan darurat, kita buat pindaan kepada RM50,000 kompaun kepada syarikat. Kalau dulu RM1,000 syarikat tak takut langsung. Sebab itu setiap hari saya umumkan ada sahaja kelab malam yang tidak pernah dibenarkan beroperasi, tetapi ada sahaja yang diambil tindakan kerana ingkar,” jelasnya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian selepas melancarkan Program Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan pada Isnin.

Tindakan menaikkan kadar kompaun itu, tegas beliau, memberi impak terutama kepada pihak yang masih berdegil.

Tegas beliau, matlamat kerajaan semata-mata untuk memutuskan rantaian COVID-19 yang dihadapi oleh negara sejak setahun lalu.

“Kalau setakat RM1,000 (tidak besar mana) bagi mereka (pihak yang degil), mereka buat keuntungan berpuluh ribu ringgit, mereka (tiada masalah) bayar RM1,000.

“Kilang-kilang pun sama, dulu hanya RM1,000, apa sahaja perlanggaran SOP kilang atau individu. Tapi kita pinda kepada RM50,000 untuk syarikat, ramai lagi berpandangan tak cukup,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut mengumumkan pelancaran bakul makanan atas inisiatif Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam membantu rakyat.

Beliau berkata, rakyat yang memerlukan boleh mengambil bakul makanan Mindef Prihatin di cawangan PERNAMA seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat