CITF Siasat Dakwaan Suntikan Vaksin Kosong Di Kedah, Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menjalankan siasatan berhubung suntikan vaksin kosong yang didakwa berlaku di Kedah dan Selangor.

Katanya, siasatan akan dibuat menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang.

Kes pertama, katanya, berlaku pada 17 Julai lalu di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah, iaitu PPV berkenaan dikhaskan kepada anggota ATM dan ahli keluarga mereka.

“Vaksinasi di PPV dilaksanakan petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera di kem terbabit. Satu siasatan dijalankan ATM mengenai kejadian berkenaan dengan individu yang terbabit dipanggil memberi penjelasan.

“Tindakan tatatertib diambil ke atas petugas vaksinasi berkenaan.

“Terdapat dua lagi dakwaan mengenai suntikan vaksin kosong, iaitu di PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang kejadian didakwa berlaku pada 17 Julai lalu dan orang awam membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

CITF menjelaskan satu lagi kejadian dilaporkan berlaku di PPV Pusat Konvensyen Bangi Avenue pada 18 Julai lalu dan laporan polis dibuat oleh penyedia perkhidmatan kesihatan terbabit.

Kataya, PDRM kini sedang menjalankan siasatan dan perkembangan mengenai perkara berkenaan akan dimaklumkan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Sekiranya didapati bersalah, CITF tidak akan teragak-agak untuk menamatkan perkhidmatan petugas yang terbabit dan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang berkenaan perkara ini.

“Seperti mana prosedur operasi standard (SOP), setiap petugas vaksinasi perlu menunjukkan picagari yang berisi vaksin kepada penerima vaksin, sebelum suntikan dilakukan.

“Orang ramai juga disarankan untuk melihat picagari itu sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi menambah keyakinan dos dan suntikan vaksin diberikan seperti yang sepatutnya,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat