UMNO Dalam Proses Bayar Hutang Tertunggak Bernilai RM59 Juta

- Advertisement -

Kuala Lumpur – UMNO sedang dalam proses menyelesaikan segala bayaran dan hutang tertunggak parti kepada pihak yang terlibat termasuk gaji kakitangan dan vendor-vendor yang berurusan dengan mereka.

Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti akan menggunakan wang berjumlah RM192 juta yang dilepaskan Mahkamah pada 7 Februari lalu selepas dana berkenaan didapati bukan daripada hasil penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti yang di canangkan oleh Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, hutang yang dianggarkan lebih RM59 juta itu tidak ada keperluan untuk diperincikan memandang ia dalam proses diselesaikan.

“Apa yang kita hutang, kita akan bayarlah kerana kita minta balik duit itu kerana kita mempunyai hutang-hutang, jadi perlu dilunaskan. Kita sebuah parti yang mempunyai struktur dan kita mempunyai banyak program untuk dilaksanakan.

“Selama ini kami terpaksa menggunakan pembiayaan apabila wang parti dibekukan dalam siasatan 1MDB serta dibicara di mahkamah. Kita terpaksa mencari sumber-sumber lain untuk membantu kelangsungan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Merdeka Community Bonding Semarakkan Patriotik Dalam Norma Baharu di Presint 14 anjuran Komuniti Penjawat Awam pagi tadi.

Pada 3 Julai lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan rayuan timbalan pendakwa raya untuk terus membekukan akaun bank milik UMNO, Wanita MCA dan dua syarikat yang berkaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat