PAS Tegas Tentang Konsep Malaysian Malaysia, Sekularisme

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Slogan ‘Malaysian Malaysia’ adalah satu konsep bagi membantah Perkara 153 dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai hak keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, dua konsep perjuangan DAP yang wajib diketahui oleh semua pihak ialah sekularisme ekstrem dan ‘Malaysian Malaysia’.

Menurut beliau, kedua-duanya menjadi konsep yang tetap mempengaruhi kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bercampur dan didominasi oleh DAP kerana mereka merupakan parti paling besar jumlahnya dicampurkan dengan golongan bukan Islam yang ekstrem dan kelompok Islam liberal dalam PKR.

Hal demikian Hadi menyeru agar umat Islam wajib menentang kedua-dua konsep yang salah ini.

“Sekularisme ialah suatu konsep atau ideologi pemisahan antara agama dengan institusi atau badan negara. Dalam istilah politik, sekularisme ialah pergerakan yang menuju pemisahan antara agama dengan pemerintahan. Fahaman tersebut cuba memansuhkan atau mengurangkan keterikatan antara pemerintahan dengan agama negara, seterusnya menggantikan hukum keagamaan dengan hukum sivil, dan menghilangkan pembezaan yang dianggapnya tidak adil dengan dasar agama.

“Hal ini dikatakan menunjang demokrasi rakyat berkuasa dengan melindungi hak-hak kalangan beragama yang minoriti. Pada masa yang sama, menganggap agama Allah SWT itu tidak adil yang merupakan suatu anggapan yang salah terhadap Allah yang Maha Suci daripada segala sifat kelemahan dan kekurangan. Perkara ini berkonsepkan slogan demokrasi purba:“Vox populi, vox dei.” “Suara rakyat suara Tuhan atau suara rakyat suara keramat.”

“Itulah gambaran bagaimana suara makhluk yang lemah mengatasi firman Allah yang Maha Berkuasa,” kata Hadi dalam catatan Minda Presiden PAS, dalam kenyataan pada Isnin.

Tegas Hadi lagi, DAP telah menunjukkan penentangan sejak awal lagi sebarang perubahan kepada Islam dan terus mempertahankan pegangan sekularisme yang dianutinya sebagaimana yang ditegaskan dalam undang-undang tubuh partinya. Tegasnya perjuangan mereka adalah meneruskan agenda penjajah.

“PH telah didominasi oleh DAP yang tidak pernah berganjak dalam mempertahankan sekularisme yang salah itu dalam perlembagaannya.

“Adapun PKR sebuah parti yang berkonsepkan liberal pragmatik sekular kerana partinya menerima siapa sahaja untuk bersamanya, dan parti yang lain laksana melukut di tepi gantang sahaja.

“Maka, negara dan rakyat berada dalam keadaan yang lebih hanyut daripada pemerintahan BN dahulu yang berteraskan Umno.

“Kini, Umno pula telah di alih hala tuju perjuangannya bersama DAP dan PH kerana ingin menyelamatkan diri, mengejar jawatan, serta kalangan yang memburu harta dan takhta,” ujarnya.

Kata beliau kini, PAS menghadapi Umno yang telah meninggalkan dasar perjuangan asalnya apabila sanggup bersekongkol bersama DAP dalam PH, kerana ingin menyelamatkan diri masing-masing setelah kalah dalam PRU15 dan mengejar jawatan dalam kerajaan tanpa mengira siapa yang menjadi kerajaannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat