Isham Tuntut Tribunal Hakim Siasat Nazlan Demi Keadilan Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil menuntut satu tribunal kehakiman bagi menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan,Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Beliau mengemukakan saranan itu untuk tujuan keadilan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya ingin menyarankan untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan supaya kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat semula tentang penglibatan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2010.

“… dan bagaimana fakta ini menyebabkan ketidakadilan ke atas Datuk Seri Najib dalam penghakiman ke atasnya.

“Satu tribunal kehakiman wajar ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas perkara ini berdasarkan peruntukan dalam Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan ke atas salah laku hakim,” syor Isham dalam kenyataan pada Isnin.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan tiada
sebarang bukti kesalahan jenayah dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Bersandarkan siasatan SPRM itu,bDatuk Seri Anwar Ibrahim juga memberitahu perkara itu turut dipersetujui Jabatan Peguam Negara.

Jelas Anwar, sebaik menerima laporan kes rasuah membabitkan hakim Mahkamah Rayuan itu, SPRM membuka kes siasatan terhadap Mohd Nazlan dan menyiasat dengan teliti.

“Berhubung kes rasuah itu…SPRM menyiasat dengan teliti dan mendapati tiada kesalahan jenayah dan dipersetujui Pejabat Peguam Negara,” katanya di Dewan Negara pada Isnin.

Bagaimanapun, Isham menambah Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015 dan dia juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010 walhal Maybank mempunyai peranan dalam penubuhan SRC.

“Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional bahawa Hakim Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana penglibatan beliau dengan Maybank yang terlibat dengan penubuhan SRC.

“Maybank pernah menasihati 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik.

“Fakta berkenaan penglibatan Hakim Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Najib! sebagai berat sebelah dan bias,” dakwa beliau.

Kata Isham lagi, walaupun tindakanNazlan yang tidak menyatakan penglibatannya dengan Maybank ini mungkin tidak sampai ke tahap jenayah.

“Namun ianya besar kemungkinan melanggar etika hakim dan adalah asas yang kuat untuk kes SRC Najib dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias supaya keadilan dapat ditegakkan untuk semua.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat