KKR Sasar Maksimumkan Penggunaan IBS, BIM Dalam Sektor Pembinaan – Alexander Nanta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) menyasarkan untuk memaksimumkan pelaksanaan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan Model Bangunan Bermaklumat (BIM) dalam sektor pembinaan tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata perkara tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian Mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (KSP RMK12), hari ini.

Beliau berkata penggunaan IBS dan BIM secara maksimum dalam sektor pembinaan adalah satu strategi berimpak tinggi yang mampu mengurangkan kebergantungan sektor pembinaan kepada pekerja asing melalui pengukuhan kompetensi dan adaptasi teknologi.

“Dengan adaptasi teknologi sektor pembinaan sedia ada sebanyak 85.3 peratus bagi projek awam dan 81 peratus bagi projek swasta, saya yakin inisiatif untuk mencapai tahap adaptasi teknologi menggunakan IBS dan BIM kepada 100 peratus akan tercapai dengan sokongan dan kerjasama sepadu daripada semua pihak.

“Selain adaptasi teknologi, latihan peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam sektor pembinaan juga telah saya tekankan selaras dengan hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memperkasakan program TVET, katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya.

Menurut Nanta, kejayaan pelaksanaan inisiatif berkenaan juga akan dapat dicapai dengan kerjasama strategik bersama kementerian dan agensi yang relevan.

Katanya, langkah proaktif lain yang telah diambil oleh KKR dalam menjayakan inisiatif tersebut adalah dengan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara CIDB Holdings dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) pada 7 Jun lalu.

MoU berkenaan adalah bagi penambahbaikan silibus berhubung pembinaan modular yang merupakan sebahagian daripada teknologi IBS. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat