Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih beri manfaat 30,600 orang penerima – Wan Rosdy

- Advertisement -

TEMERLOH: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Inisiatif Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih bakal memberi manfaat kepada 30,600 orang penerima di negeri itu.

Jelas beliau, setiap penerima akan menerima kad kesihatan yang mempunyai nilai RM500, bagi mendapatkan rawatan kesihatan prosedur am di klinik-klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel.

Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntukkan RM20 juta tahun ini berbanding  RM10 juta pada tahun lepas.

“Saya menyampaikan kad kesihatan Pahang Pride Kasih kepada lebih 400 penerima bagi daerah Temerloh pada Majlis Penyerahan Kad Kesihatan Pahang Pride Kasih 2023 di Dewan Tun Razak, Temerloh pada hari ini.

“Pahang Pride Kasih adalah inisiatif keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang terhadap golongan warga emas serta orang kurang upaya tidak bekerja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

“Setiap penerima akan menerima kad kesihatan yang mempunyai nilai RM500, bagi mendapatkan rawatan kesihatan prosedur am di klinik-klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel.” Katanya.

Dalam majlis ini juga beliau telah merasmikan Aplikasi Mudah Alih (‘Mobile Apps’) Pahang Pride Kasih di mana setiap penerima boleh menyemak senarai klinik panel, rekod rawatan, jenis ubatan serta baki semasa penggunaan kad yang telah digunakan.

“Semoga dengan wujudnya inisiatif ini, ia akan dapat membantu penerima mendapatkan rawatan kesihatan dengan mudah dan selesa. Insya-Allah.” Ujarnya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat