Adun PKR Adakan Perjumpaan Bersama PAS Dan UMNO, Petang Ini

- Advertisement -

BUKIT MERTAJAM – Satu pertemuan di antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang negeri ini termasuk beberapa ahli PKR akan berlangsung petang ini.

Perkara itu didedahkan oleh bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisyam Shaharin melalui kiriman WhatsApp kepada SuaraTV sebentar tadi.

“Akan ada satu perjumpaan melibatkan ADUN PULAU PINANG dari UMNO, PAS juga libatkan beberapa ADUN PKR di Pulau Pinang di pusat khidmat ADUN SEBERANG JAYA di BM City Mall, Bukit Mertajam.

“Dilaporkan YB Dr Afif Bahardin bekas Exco Kerajaan Negeri P.Pinang menjadi tuan rumah. Jika pihak media dapat terjah maka ia mungkin (merupakan) bahan berita yang sensasi,” memetik kenyataan makluman tersebut.

Badrul yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard itu turut memaklumkan perjumpaan itu akan diadakan jam 5 petang ini.

Bagaimanapun Afif gagal dihubungi bagi mendapat pengesahan mengenai perkara itu.

Dalam mesej jemputan berkenaan turut disertakan nombor kononnya milik kepada pegawai khas yang memanggil pertemuan itu namun ketika dihubungi panggilan berkenaan tidak dijawab.

Sebelum ini wujud khabar angin yang menyatakan bahawa sekumpulan ahli parlimen dan Adun PKR bakal kelaut parti untuk menyertai sebuah parti politik yang baharu.

Parti tersebut dikatakan bakal diketuai bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pro Perikatan Nasional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat