Prinsip Rukun Negara tidak boleh dipandang ringan, bahan pertikaian politik sempit – Umno Selangor

KUALA LUMPUR – Rukun Negara lahir daripada sejarah pahit negara dan dibentuk sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia.

Justeru, prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya tidak boleh dipandang ringan atau dijadikan bahan pertikaian politik sempit.

Ketua Penerangan Umno Selangor Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, Umno Selangor menjunjung kasih atas kenyataan rasmi dan seruan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyeru seluruh rakyat agar menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta memelihara adab dan penghormatan terhadap Institusi Raja.

“Seruan Baginda bukan sahaja menjadi peringatan kepada individu tertentu, malah wajar dijadikan pedoman oleh semua pihak tanpa mengira latar politik demi memastikan keharmonian dan perpaduan negeri terus dipelihara.

“Umno Selangor percaya bahawa perbezaan pandangan dalam demokrasi mesti disampaikan dengan tertib, beradab dan menghormati asas kenegaraan yang menjadi tunjang kestabilan negara, termasuk kedaulatan Institusi Raja,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu katanya, Umno Selangor menyeru seluruh rakyat khususnya generasi muda untuk bersama-sama menghayati semangat Rukun Negara, memelihara kesopanan dan memperkukuhkan perpaduan demi masa depan negeri dan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat