Boikot Coca-Cola : Jenama minuman antarabangsa itu ada jasa di Palestin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Coca-Cola Malaysia menjelaskan desakan memboikot produk mereka dibuat berdasarkan maklumat yang salah, khabar angin dan kurang pemahaman, khususnya termasuk operasi mereka di Timur Tengah.

Kenyataan itu terbit ketika muncul semula gesaan memboikot minuman itu di tengah-tengah kehangan konflik Israel dan Hamas daripada kumpulan pejuang Palestin.

“Kami tetap memandang serius terhadap keganasan di Israel dan Gaza dan kesan buruknya terhadap masyarakat di wilayah itu.

Coca-Cola dan pembotol kami NBC mempunyai komitmen yang panjang terhadap pasaran Palestin dan telah memulakan pengeluaran sejak 1998 dan hari ini kami menjadi salah satu majikan terbesar di wilayah itu,” katanya.

Setakat 2016, Coca-Cola, melalui NBC, menjadi majikan terbesar di Palestin.

Hubungannya dengan pemilik NBC Zahi Khouri, yang juga pendukung pergerakan anti-Israel Boycott, Divestment, Sanctions (BDS), mengundang kritikan daripada kumpulan-kumpulan negara Zionis itu.

Setakat ini, lebih 200 terkorban akibat serangan udara Israel terhadap Gaza manakala sekurang-kurangnya 10 meninggal dunia susulan serangan roket Hamas.

Sementara itu, Coca-Cola berkata boikot di Malaysia hanya akan memberikan kesan buruk terhadap pekerjanya di negara ini dan pengedar tempatan.

Sumber pendapatan pekerja tempatan serta ribuan peruncit, pengedar, pembekal dan lain-lain di seluruh rantaian bekalan Coca-Cola di Malaysia yang bergantung kepada operasi perniagaannya akan terjejas jika ada usaha memboikot produk ini.

“Walaupun Coca-Cola jenama antarabangsanya, semua operasi pembotolan menggunakan sumber tempatan dan dibuat di sini. Coca-Cola dibuat di Malaysia, dari rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Syarikat itu berkata, Coca-Cola beroperasi di lebih dari 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia dengan sistem politik, agama dan sejarah yang berbeza.

Foto: AFP

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat