YouTuber Kanada Dakwa ‘Diperas’ di Plaza Low Yat: Kabel HDMI RM175

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – YouTuber teknologi tersohor dari Kanada, Linus Sebastian, baru-baru ini memilih Malaysia sebagai destinasi percutiannya dan turut meluangkan masa berkunjung ke Plaza Low Yat, pusat tumpuan bagi peminat teknologi dan gajet di ibu kota.

Dalam perkongsiannya di saluran Linus Tech Tips, Linus menyatakan beliau ke Plaza Low Yat dengan tujuan mudah – mencari kabel HDMI dan penyesuai micro-HDMI supaya dapat menyambungkan konsol ROG Ally dan Nintendo Switch miliknya kepada TV di bilik hotel.

Beliau akhirnya masuk ke sebuah kedai kamera kerana kabel micro-HDMI sering digunakan untuk kamera digital moden. Kabel jenis ini penting untuk peranti yang tidak menyokong port HDMI bersaiz penuh, membolehkannya dihubungkan ke paparan seperti TV atau monitor.

Ketika menjumpai kabel yang dicari, Linus agak terkejut dengan harganya – RM175 untuk seutas kabel HDMI ke micro-HDMI.

“Saya tak pasti sama ada itu ‘convenience tax’ atau cukai untuk pelancong, tapi saya memang takkan bayar harga tu,” ujar beliau sambil tertawa kecil dalam video tersebut, menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap harga yang dianggap terlalu mahal.

Disebabkan itu, beliau memutuskan untuk tidak membeli kabel berkenaan walaupun ia memang diperlukan ketika itu.

Bagi yang kurang mengenali figura ini, Linus Sebastian ialah pengasas saluran YouTube Linus Tech Tips, yang kini mempunyai lebih daripada 16 juta pengikut. Kandungan salurannya merangkumi pelbagai topik berkaitan teknologi, terutamanya ulasan dan perbandingan produk komputer serta gajet terkini.

Perkongsiannya tentang pengalaman membeli-belah di Malaysia menarik perhatian warga siber tempatan, dengan ramai yang berkongsi pandangan serupa mengenai harga aksesori teknologi di lokasi tumpuan pelancong.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat