Pakai Pelitup Muka Ketikai Tunai Solat Aidilfitri, Ikut SOP Fasa Peralihan Ke Endemik

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Pemakaian pelitup muka bagi jemaah yang akan menunaikan solat Aidilfitri di masjid atau surau akan kekal mengikut prosedur operasi standard (SOP) fasa peralihan ke endemik yang sedang berkuat kuasa.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata SOP fasa peralihan ke endemik amat menggalakkan pemakaian pelitup muka jika berada di kawasan ramai orang dan sesak.

Beliau berkata, ia hasil perbincangan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.

“Setelah merujuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dimaklumkan bahawa SOP Fasa Peralihan ke Endemik, yang sedang berkuat kuasa pada masa ini amat menggalakkan pemakaian pelitup muka jika berada di kawasan ramai orang dan sesak.

Pengendali makanan, minuman di Selangor wajib pakai pelitup muka mulai 1 Januari
Peningkatan kes COVID-19 di China, penduduk India digesa pakai pelitup muka
Hong Kong mansuh peraturan pakai pelitup bermula 1 Mac

“Memandangkan SOP ini masih berkuat kuasa, maka JAKIM ingin menasihatkan kepada semua umat Islam supaya mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati dengan kawalan kendiri jika berada di tempat perkumpulan ramai dan sesak, termasuk di masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah JAKIM dan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung penetapan pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat Aidilfitri.

Beliau berkata, walaupun ia baik untuk langkah pencegahan berikutan terdapat peningkatan penularan kes COVID-19 ketika ini, sebarang ketetapan untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka perlu dirujuk kepada kedua-dua institusi terbabit terlebih dahulu. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat