Dr Maza Tolak Tawaran Sebagai Mufti Wilayah Melalui Ayat Kiasan?

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikatakan menolak perlawaan untuk dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu.

Mohd Asri atau mesra dengan panggilan Dr Maza melalui laman Facebook malam tadi memuat naik satu kenyataan ringkas yang disifatkan sebagai menolak perlawaan tersebut secara baik.

“Perlis indah permai lagi mempersona. Siapa yang masuk dan berumah di sini, susah nak keluar,” tulisnya.

Walaupun kenyataan tersebut dibuat secara am, namun netizen menyifatkan kiasan itu mempunyai maksud yang tersirat.

“Ada maksud tersirat ni Dr Maza , tapi saya akui memang Perlis negeri yang indah & menenangkan,” tulis Azizah Salama.

“Dr Maza rasanya macam berat hati nak tinggalkan Perlis. Benarkah Dr ditawarkan jawatan sebagai Mufti Wilayah? Pastinya berat bagi rakyat Perlis untuk melepaskan Dr ke sana,” Fauziah Zee Daud.

“Berkenaan khabar angin (Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu) status inilah jawapannya. Baca yang tersirat,” Pak Do Afifi.

Media sebelum ini melaporkan ada desas desus yang mendakwa Dr Maza
akan mengantikan jawatan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad sebagai mufti

“Saya dapat maklumat Dr Maza akan dilantik sebagai Mufti Wilayah,” memetik kenyataan satu sumber seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Mohamad Asri telah dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada Januari 2015 yang lalu bagi menggantikan Dr Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun 2014.

Beliau yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dilantik pada 1 Nov 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.

Selepas menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Mufti Perlis, Dr Maza kembali menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau menerima tawaran memegang jawatan itu buat kali kedua selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat