Pengiktirafan CGTN: KP Kesihatan Enggan Ambil Kredit Untuk Dirinya Seorang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, ketika menjawab soalan wartawan mengenai pengiktirafan yang diberikan kepadanya oleh sebuah stesen TV China, CGTN, enggan mengambil kredit atas pengiktirafan tersebut untuk dirinya sahaja.

Beliau sebaliknya menyifatkan pengiktirafan itu adalah untuk negara.

Dr. Noor Hisham turut mendedikasikan pengiktirafan media China tersebut kepada pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan para Menteri.

Beliau menyatakan bahawa yang membuat segala keputusan ialah Perdana Menteri dan dalam posisinya, beliau hanya melaksanakan keputusan tersebut.

Tidak ketingalan kata Dr Noor HIsham, semua frontliners, baik dari perkhidmatan kesihatan, polis, tentera dan sebagainya, turut layak berkongsi pengiktirafan yang sama.

CGTN semalam, menamakan 3 tokoh yang menurut mereka adalah “wajah” bagi negara masing-masing dalam usaha berterusan untuk melawan penyebaran Covid-19.

Selain Dr. Noor Hisham, pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat, Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomberg turut dinamakan dalam laporan tersebut.

Ini berikutan peranan yang dimainkan mereka dalam menjelaskan kepada rakyat tentang perkembangan jangkitan Covid-19 di negara masing-masing. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat