Penduduk sekitar Ipoh kini berpeluang menikmati pengalaman interaktif sambil merakam detik bermakna menerusi Roadshow vivo V70 x POP MART yang berlangsung di Aeon Station 18. Acara yang bermula dari 17 hingga 29 Mac 2026 ini menjanjikan gabungan hiburan, kreativiti dan ganjaran menarik buat para pengunjung.
Sepanjang roadshow ini, pengunjung boleh merasai sendiri keupayaan fotografi vivo V70 yang dilengkapi kamera 50MP ZEISS Super Telephoto serta penderia Sony IMX882. Dengan teknologi ini, setiap momen sama ada suasana sambutan Hari Raya yang penuh kemeriahan mahupun kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan dapat dirakam dengan lebih jelas dan profesional.

Selain mencuba kehebatan kamera, pengunjung juga boleh menyertai Station Game yang disediakan di lokasi acara. Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan, malah membuka peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah utama berupa tiket penerbangan pergi-balik untuk dua orang ke Krabi, Thailand.
Untuk menyertai, pengunjung hanya perlu hadir ke lokasi roadshow di Tingkat Bawah, South Court (berhadapan Padini), Aeon Station 18, Ipoh. Seterusnya, mereka boleh mengambil gambar menggunakan vivo V70 dan berkongsi hasil terbaik di media sosial bersama kapsyen kreatif serta Hashtag rasmi seperti #vivoV70, #BloomUnderTheSun, #ZEISSPortraitSoPro, #vivoMalaysia, #PopMart dan #AeonStation18.

Menariknya, pengunjung juga boleh menikmati tawaran istimewa yang berlangsung pada setiap hujung minggu pada jam 2 petang dan 5 petang. Justeru, orang ramai disarankan untuk tidak melepaskan peluang ini bagi merasai sendiri pengalaman unik yang ditawarkan.
Roadshow vivo V70 x POP MART ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan teknologi terkini, malah turut menggalakkan orang ramai mengabadikan detik indah dalam kehidupan harian dengan lebih bermakna. Terma dan syarat adalah terpakai.



