Salur peruntukan saksama semua negeri, kurangkan penghijrahan ke ibu kota – Sultan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mahu kerajaan merancang pembangunan saksama di semua negeri bagi tujuan mengawal penghijrahan bertumpu hanya di ibu kota.

Sultan Ibrahim, bertitah menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan yang saksama diberikan kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.

Seri Paduka Baginda bertitah, sekiranya semua negeri dibangunkan bersama, penghijrahan penduduk ke pusat bandar raya akan dapat dikurangkan dan kesesakan akan lebih terkawal.

“Pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menyebabkan penghijrahan penduduk dari negeri-negeri ke Wilayah Persekutuan.

“Kerajaan terpaksa membangunkan infrastruktur awam yang lebih cekap untuk mengatasi kesesakan jalan raya dan memenuhi keperluan penduduk bandaraya yang semakin padat.

“Persoalannya, adakah kerana wilayah ini ditadbir secara terus oleh Kerajaan Persekutuan, banyak peruntukan pembangunan ditumpukan kepada tiga wilayah ini sahaja?,” titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, pada Selasa.

Berangkat sama, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

“Semua orang tahu saya suka memandu sendiri, jadi saya dapat melihat dengan jelas keadaan jalan raya dan persekitaraannya. Apa yang saya nampak, masih ada beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kebersihannya tidak memuaskan,” titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda, bertitah masyarakat kota juga perlu bersama-sama dalam menjaga kebersihan dan alam sekitar.

“Kerajaan saya bukan kerajaan pungut sampah. Kepada penguatkuasa, jalankanlah tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah,” titah Seri Paduka Baginda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat