Gigih pertahan KK Mart, ada sesuatu DAP, MCA nak pertahan atau takut impak boikot? -Razali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan DAP dan MCA yang dilihat bersungguh-sungguh mempertahankan rangkaian kedai serbaneka KK Mart dalam isu stoking kalimah Allah dipertikai Senator, Datuk Razali Idris.

“Mengapa pihak bukan Islam bersuara tegas untuk meredakan isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart?

“Kenapa DAP, MCA bersuara lantang? Ada sesuatu yang hendak dipertahankan atau bimbang kerana boikot? soal Razali dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Ahli Dewan Negara yang juga Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, jawapan sebenar dalam hal ini ialah menghormati atau respect.

Ujar Razali, semua rakyat Malaysia kena hormat, peka, tidak prejudis dan memahami silang budaya dan keagamaan.

“Umat Islam di negara ini tidak pernah berdiam diri apatah lagi apabila ada pihak memperlekehkan Islam dalam apa cara sekalipun,” tegas beliau.

Razali malah dalam hantaran sebelum itu tegas berkata, “jangan cakap banyak, kita boikot terus”.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat