Akmal tak patut tunggang isu stoking, Umno berisiko ditolak rakyat- King Sing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mendesak Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh berhenti menunggang isu stoking tertera kalimah Allah di pasaran KK Super Mart untuk meraih modal politik peribadi.

Ahli Parlimen Bintulu berkata, isu stoking tertera perkataan “Allah” di KK Super Mart terus diperkatakan, walaupun pihak pengurusan pasar raya itu telah memohon maaf setelah menyedari insiden itu berlaku tanpa disengajakan malah berjanji untuk memastikan kejadian sama tidak berulang juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Apabila pengamal media meminta komen saya berhubung isu ini, saya mengatakan bahawa Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh tidak sepatutnya menunggang isu ini untuk meraih modal politik peribadi, yang akhirnya berupaya merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Bukan sahaja segera tampil memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan, malah pihak KK Super Mart juga bertindak pantas mengeluarkan produk tersebut daripada rak jualan yang terdapat di cawangan berkenaan.

“Oleh yang demikian, semua pihak seharusnya bertenang dan tidak lagi ‘menyimbah minyak ke api’ yang sedang mahu reda. Sebaliknya, berilah peluang kepada pihak KK Super Mart membetulkan kesilapan,” ujar King Sing di Facebooknya pada Selasa.

Sehubungan itu King Sing menyeru Dr Akmal agar tidak perlu lagi mengambil kesempatan terhadap isu ini untuk menjadi hero.

Menurut beliau, gaya sensasi sebegitu amat memalukan, malah ini bukanlah cara betul untuk dijulang sebagai jaguh politik orang muda.

King Sing juga menyifatkan, sikap sombong Dr Akmal akan mencetuskan ketegangan kaum.

“Sikap angkuh Akmal dalam isu ini menimbulkan sentimen perkauman dan telah menjejaskan pembangunan negara serta perpaduan negara secara serius.

“Akmal mesti segera berhenti daripada membesar-besarkan isu ini. Saya juga dengan penuh harapan menyeru pimpinan UMNO supata memandang serius perkara ini dan tidak membiarkan Akmal menggunakan platform Pemuda UMNO dan statustnya sebagai pemimin untuk mengejar agenda peribadinya.

“Saya lebih bimbang sekiranya pemimpin kanan Umno tidak mempedulikan gelagat dan sikap Akmal selaku Ketua Pemuda Umno, maka ini akan mengakibatkan rakyat terus berpandangan negatif terhadap Umno malah tidak mustahil Umno terus ditolak oleh rakyat yang cintakan keamanan, perpaduan dan dahagakan politik matang,” katanya.

Selain itu, King Sing juga menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, supaya bertindak tegas terhadap keangkuhan dan sikap keterlaluan Akmal yang juga seorang Exco Negeri Melaka.

Saya telah mendapat maklum balas bahawa rakyat dan akar umbi Melaka telah membuat aduan dengan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sikap angkuh Akmal. Jika tidak diperbetulkan segera, ini mungkin memberi kesan negatif kepada perkembangan politik Melaka pada masa hadapan.

“Saya percaya bahawa sebagai sebuah perusahaan perniagaan, KK Super Mart telah banyak menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat kita, terutamanya dalam meningkatkan ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan.

“Ini fakta dan realiti yang tidak dapat dinafikan.

“Manusia tiada yang sempurna, dan tidak dapat dielakkan akan melakukan kesilapan dalam perkara-perkara tertentu. Jelas sekali kedai KK Super Mart telah menjual stoking yang tertera perkataan Allah secara tidak sengaja atas kecuaian mereka sendiri. Oleh itu, penting untuk kita bertolak ansur dan menerima permohonan maaf ikhlas syarikat tersebut dengan hati yang terbuka,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga amat percaya sekiranya isu stoking yang tertera kalimah “Allah” ini semakin tidak terkawal, sudah pasti ia akan menjejaskan hubungan harmoni antara kaum dan juga merosakkan ekonomi serta imej negara.

“Pada masa ini, KK Super Mart mempunyai melebihi 800 cawangan di seluruh negara, dan pekerjanya terdiri daripada pelbagai kaum termasuk pekerja Melayu.

“Jika kontroversi stoking terus memuncak, ia mungkin mewejudkan jurang antara pekerja, dan lebih teruk lagi, ia akan menjejaskan mata pencarian sebilangan pekerja. Adakah ini yang Akmal mahu lihat?

“Maka, saya menggesa semua pemimpin politik supaya bertenang dan menghentikan pertelagahan. Sebaliknya, berikan sepenuh tumpuan terhadap agenda membangunkan negara demi kebaikan rakyat,” seru King Sing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat