KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan pelaburan baharu sebanyak RM32 bilion bagi membangunkan projek mega High-Technology Valley (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim, Perak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat pengumuman berkenaan ketika menyampaikan Ucapan Pengulungam Naib Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, hari ini.
Jelasnya, pelaburan daripada DRB-Hicom ini bakal mewujudkan 370,000 peluang pekerjaan sepanjang fasa pembangunan.
Dalam masa yang sama, pengoperasian projek berkenaan kelak akan menambah lagi 161,000 peluang pekerjaan baharu.
Selain itu katanya, kerajaan turut memperkenalkan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM40 bilion.
Ujar beliau, saiz dana untuk program ini akan mencecah RM200 juta.
Ujar Ismail, program ini kelak akan memperbanyakkan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan, terutamanya untuk pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan sektor
informal seperti peniaga-peniaga kecil.
“Melalui program ini, contohnya, Kerajaan menyediakan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro atau SPIM dan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional atau CBRM, akan menawarkan pinjaman sehingga RM10 ribu tanpa faedah. Saiz dana untuk program ini sahaja berjumlah RM200 juta,” tambah beliau.
Dalam masa yang sama, beliau turut mengumumkan pinjaman skim mikro kredit sehingga RM75 ribu tanpa faedah berserta kemudahan moratorium sehingga enam bulan untuk usahawa agro-makanan.