Bubar Parlimen, PM akan bincang dengan Top 5 UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan isu pembubaran Parlimen seperti gesaan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan dibincangkan dengan ‘Top Five’ parti.

Malah beliau berjanji pembubaran Parlimen ini juga akan dibincangkan dengan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan jemaah menteri
sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Seri Paduka Baginda.

“Dua kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) membuat kita menjadi lebih bersemangat untuk berjuang sehingga timbul
permintaan supaya Parlimen dibubarkan segera.

“Saya mendengar cadangan pembahas-pembahas mengenai pembubaran Parlimen. Saya beri jaminan keputusan besar ini akan dibincangkan dengan ‘Top Five’ parti.

“Ini juga akan dibincangkan dengan MKT dan jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Seri Paduka Baginda,” kata Ismail Sabri dalam ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021 pada Sabtu di WTC.

Perdana Menteri juga membaca serangkap pantun yang berbunyi:

Langit mendung angin menderu,
Gugur setangkai bunga melati,
Biar bergaduh bertemu seteru,
Perlembagaan dijunjung Raja dihormati.

“Saya menyeru kepada seluruh Keluarga UMNO supaya merapatkan saf. Jangan benar mana-mana anasir yang boleh mengganggu gugat keharmonian keluarga kita.

“Ini kerana hanya UMNO menjadi harapan. Rakyat telah cuba menukar Kerajaan tetapi terbukti hanya UMNO dan BN yang membela nasib mereka.

“UMNO adalah juara rakyat! kata Ismail Sabri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat